Tazkirah

Tazkirah

LARANGAN DAN ANCAMAN BAGI YANG MENYAKITI ANAK YATIM

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Jangan demikian, sebenarnya kata -kata kamu itu salah. Bahkan perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan napa yang ia berhak menerimanya."

" Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin"

Surah Al Fajr : 17 - 18 ( Tafsir pimpinan Rahman)

Pengertian Zakat

zakat

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "BERKAT" dan berkembang. Pengertian "BERSIH" dan " SUCI" dalam istilah zakat ilaha membersikan harta dan mensucikan jiwa orang kaya dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain ialah membersihkan diri dari sifat dengki, tamak dan dendam daripada golongan yang berharta dan kaya kepada orang yang miskin dan meminta - minta.


Dari segi syarak :

Ibuku Seorang Pembohong

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu ceat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “ Makanlah nak, ibu tak lapar.” -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ibuku Seorang Pembohong

"MEMANG sukar untuk percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Ingat Beringat Budaya Kita

Dalam surah Al-Asr, Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memperingatkan kita tentang perlunya kita memenuhkan jiwa kita dengan iman, dan kemudian diikuti dengan amal soleh. Iman dan amal soleh adalah gandingan sifat yang berdaya maju untuk memberi motivasi dan sekaligus mengubah diri kita menjadi manusia berakhlak mulia.

Jauh Dengan Manusia Dekat Dengan Allah

Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 40 atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali tangisan. 15 atau 20 tahun selepas itu kita serong remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai. Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak pengalaman pahit manis. Dan akhirnya kita menjadi seorang tua yang sudah lemah anggota dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita, bahkan anak-anak kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti biasa.